KISAH ISTIMEWA


~PERMATA HATI BUAT SI DIA~


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di pagi Jumaat yang penuh barakah..burung terbang berkicauan di langit Ilahi yang meluas.. mata Insyirah tepat ke arah sejadah, khusyuk, tawadu' seorang hamba memohon ampunan,hajat seorang hamba kepada Al-Khaliq Rabbul Jaleel.. sakinah itu menyelubungi hati..
Semakin banyak pengalaman yang dipelajari semakin banyak ibrah yang dapat dikutip.. Tiba-tiba Insyirah mengimbau kenangan pahit sewaktu zaman remajanya yang penuh onak duri..


Masih segar di kotak memori Insyirah, di mana dirinya hampir berubah kerana hanya seorang lelaki..begitu berbeza dirasakan apabila seorang penghafaz Al-Quran yang menjadikan kalam Allah itu sebagai pedoman hidupnya tetapi terleka dan lalai buat seketika..hadirnya seorang lelaki ketika Insyirah berhadapan dengan dunia luar yang sebenar..


Suatu masa ketika Insyirah bekerja part-time sementara menunggu keputusan SPM diumumkan.. Insyirah disapa seorang lelaki, 4 tahun lebih tua darinya..pada mulanya perbualan dimulakan atas sebab perbincangan kerjaya..SYAITAN mula memulakan peranan untuk menghasut anak Adam agar lupa dan alpa pada Rabbnya.


’’Saya tak tahu kenapa saya lebih rindu awak even saya ade makwe’’  kata pujangga seorang lelaki bernama Mukhlis itu menyentap perasaan Insyirah..Hari demi hari, Insyirah merasai dirinya kosong apabila tiada mesej dan suara yang terngiang-ngiang dari Mukhlis..Terbit rasa rindu dan sayang tanpa dipinta..hampir ratusan duit habis dibelanjakan untuk top-up kredit semata-mata meluahkan rasa cinta itu.


Pernah ibu Insyirah menanyakan kepadanya sewaktu dia mengikuti kursus persediaan di Kuala Lumpur, mengapakah duit belanjanya sentiasa tidak mencukupi ? Tanpa segan silu Insyirah menjawab, ‘’Insyirah nak beli buku medic la ibu ‘’..suatu hari Insyirah menyatakan hasrat kepada ibunya..’’ibu, Insyirah nk laptop. susah nk cari maklumat la, nak wat assignment lagi’’.. si ibu bagai menatang minyak yang penuh melunaskan permintaan anaknya meski duit simpanan habis digunakan demi melihat mahligai kejayaan dari si anak.


Perasaan seorang ibu dicemari..Insyirah telah leka dengan hasutan duniawi..semakin rancak Insyirah melayani Mukhlis..harga dirinya sudah dilupakan..bukan itu sahaja, reputasi pelajarannya juga merosot..


Suatu hari, Insyirah terkejut apabila melihat ibunya berada di kamar dalam keadaan menangis teresak-esak memikirkan masa hadapan si anak..handphone Insyirah berada di dalam genggaman ibunya! hatinya tidak enak dan terus mengambil handphone itu dari ibunya.. 1 mesej pesanan dari Mukhlis diterima. ’’Insyirah, jangan mesej saya hari ni tau..saya ada first date dengan makwe saya..awak jangan hancurkan harapan saya terhadap makwe saya ni..awak anggaplah yang kita tak pernah kenal..setakat ni je hubungan kita..’’


Insyirah terkedu tidak terkata..baru dirasakan bagaimana perasaanya dimainkan begitu saja..maruahnya tercemar dan dikotori tanpa dijaga..rasa diri dihina dan jiwanya terasa amat pedih..Alhamdulillah,, segala pujian hanya layak untukNya..Ibu Insyirah sentiasa mengingatkan anaknya agar berbalik pada cinta kita yang sebenar dan paling agung iaitu cinta Ilahi..Insyirah merasakan dirinya amat malu di hadapan yang Maha Pencipta,, solat taubat didirikan memohon keredhaan Allah S.W.T yang Maha Suci..memohon keampunan setiap dosanya kepada yang Maha Pemaaf..mengharapkan kebaikan di dunia dan syurga Allah yang hakiki kepada Maha Penyayang.  



[Allah berfirman dari Surah At-Tahrim : 8]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, ‘’ Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.’’  






No comments:

Post a Comment