Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Setiap kamu adalah PENDAKWAH.
Firman Allah : [Surah An-Nahl : 125]
Mutiara kata :
Wallahu a'lam. Moga Allah redhai amalan kita walau sekecil zarah ^^
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Setiap kamu adalah PENDAKWAH.
!من قال لا إله إلا الله : فهو الداعي
'' Barangsiapa yang mengucapkan Laailaha Illa Allah, maka dia adalah seorang daie (pendakwah). ''
Walau siapa pun diri anda, pangkat apakah yang anda ada, dari keluarga mana anda datang, di mana anda belajar, kaya atau miskin tidak sama sekali menjadi ukuran kerana kita sebagai umat Islam dilahirkan dengan matlamat dan tujuan hanyalah untuk beribadah kepada Allah.
'' Eh, aku tak layak la nk jadi pendakwah. tak tau hal agama ''
'' Aku pendakwah ? common lah, lambat lagi lah. Not now brother. ''
'' Err, bukan pendakwah tu ustaz ustazah je ker? ''
'' Kau tu muda lagi. Tak payah nak ajar aku lah. Aku ni dah makan garam lagi dari kau tau ''
........dan macam-macam lagi.
Inilah contoh jawapan dan fenomena masyarakat kita sekarang apabila disoalkan tentang dakwah. Ketahuilah, dakwah itu tidak mengenal usia, masa dan tempat. Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh ulama' Islam. Definisi dakwah ini dapat disimpulkan iaitu menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul.
Kewajipan berdakwah ini dipertanggungjawabkan pada setiap individu muslim. Berusahalah semampu mu untuk menegakkan syiar Islam di mata dunia. Belajar dan kuasailah ilmu agama walaupun kita sudah menguasai ilmu yang lain kerana ilmu agama itu yang utama. Anda mampu mengubahnya !
Firman Allah : [Surah An-Nahl : 125]
'' Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. ''
jadilah seperti pohon,
yang lebat buahnya,
yang tumbuh di tepi jalan,
yang dilempari orang dengan batu,
Tapi membalasnya dengan buah.